Skip to main content

Bola Sepak

Peluang The Bos Gaurus belum tertutup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-tbg-melaka-united.jpg
Kekalahan kepada Melaka United, Sabtu lalu, bukan bererti perjuangan Perak dalam memburu kedudukan empat terbaik Liga Super 2019 sudah berakhir.

Kekalahan itu adalah yang ketiga buat Perak yang sebelum itu tunduk kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang dalam pusingan pertama.

"Memang memeritkan apabila mengalami kekalahan, terutama di tempat sendiri.

"Persembahan Perak bukanlah teruk sangat. Kami mengasak hebat dalam babak kedua tetapi nasib nyata tidak menyebelahi Perak. 

"Perjuangan belum berakhir lagi, " kata ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic.

Sebaliknya, beliau percaya The Bos Gaurus mampu bangkit dalam baki tujuh perlawanan.

"Ada peluang lagi buat Perak. Saya yakin kami akan bangkit dalam perlawanan akan datang,

"Kesempatan berehat hampir tiga minggu ini akan dimanfaatkan pemain selepas terpaksa mengharungi jadual padat walaupun dalam bulan Ramadan.

"Memang pemain terkesan dengan keadaan ini," kata jurulatih itu ketika mengulas kekalahan 2-3 Perak di tangan Melaka United itu.

Durakovic yakin pemain akan kembali segar selepas mendapatkan rehat secukupnya berikutan penangguhan liga sehingga 14 Jun ini.


 

Advertisement

Must Watch Video