Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam, mengesahkan PDRM Fc bakal menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.
Keputusan itu menyaksikan The Cops bakal berkongsi stadium bersama dengan Selangor FC yang kekal menggunakan MBPJ sebagai venue tuan rumah gergasi Merah Kuning.
Terdahulu, skuad kendalian Azzmi Aziz itu dijangka beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras sebelum buat keputusan berpindah ke Petaling Jaya.
Untuk rekod, Cheras menjadi venue tuan rumah Sang Saka Biru sejak 2020 hingga 2022.
"PDRM telah mengesahkan Stadium MBPJ sebagai venue rasmi buat musim 2023. Kami tidak memiliki sebarang isu mengenai penggunaan venue rasmi ini, cuma setiap stadium hanya bakal diisi hanya dua kelab," kata Stuart.
Dalam perkembangan berbeza, Stuart turut memaklumkan bahawa tidak akan ada perubahan jadual Liga Malaysia meskipun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menghantar skuad B23 ke Sukan Asia Hangzhou September depan.
Tambah Stuart, perubahan jadual musim ini hanya akan melibatkan kelab yang akan beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia dan Piala AFC 2023 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Terengganu FC serta Sabah FC.
"Buat masa ini, tiada perubahan dan kami akan melaksanakan setiap perancangan seperti yang telah dirancang."