Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad, pihak mereka kesal dengan kejadian tersebut dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan selain menjalankan siasatan bagi memastikan tindakan bakal diambil.
Kenyataan Media - Polis Bantuan Ambil Tindakan Leraikan Pergaduhan Antara Penyokong Bola Sepak Di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan pic.twitter.com/PtRtwuMe6a
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) December 21, 2024
Terdahulu, tular satu video di media sosial menyaksikan satu pertelingkahan berlaku antara penyokong bola sepak di stesen berkenaan.
Prasarana dan PDRM sedang siasat pergaduhan dipercayai penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan tengah malam tadi selepas videonya tular di media sosial.
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) December 21, 2024
? elybaeraq#AstroRadioNews pic.twitter.com/YCzcVZqUhL
Insiden itu mengakibatkan beberapa kerosakan pada kemudahan di pengangkutan awam itu.