Skip to main content

Bola Sepak

Paulo Josue bakal bergelar pemain naturalisasi?

paulojosue.jpg
'24 jam yang penuh mendebarkan', itu yang dilalui watak penting Kuala Lumpur City FC meraih kejuaraan Piala Malaysia 2021 serta mencipta sejarah muncul naib juara Piala AFC 2022 -- Paulo Josué mengenai status dirinya kekal selaku import atau pemain tempatan.

Jika permohonan kewarganegaraan kapten KL City itu berjaya -- ianya akan memberi impak positif buat skuad warga kota yang berupaya membariskan kuota import tambahan dalam kesebelasan utama daripada slot lima pemain import yang diperuntukkan.

Ianya bukan lagi rahsia, hasrat KL City untuk menjadikan Paulo sebagai pemain naturalisasi terbaru negara selepas pemain kelahiran Brazil itu sudah melewati tempoh lima tahun menetap di Malaysia.

Difahamkan, maklum balas perkembangan proses naturalisasinya akan diketahui hari ini -- dan jika berhasil, Bojan Hodak dijangka membariskan lebihan kudrat pemain import pada pertemuan bertemu Penang FC Sabtu ini.

"Hari ini adalah tarikh akhir pendaftaran sebagai pemain tempatan. Kami sedang menunggu keputusan sama ada bakal menjadi pemain tempatan atau import," kata Paulo Josue

"Saya berharap dapat memperoleh maklum balas yang positif serta dapat menjalan langkah seterusnya sebelum saingan bermula."

Sementara itu, pertembungan pertama Liga Super kali ini memberi kenangan manis tersendiri buat Paulo -- apabila dia mendedahkan -- skuad kendalian Manzoor Azwira itu seringkali menjadi mangsa amukan jaringannya.

Bersandarkan rekod pertemuan lalu sebagai motivasi tambahan -- Paulo komited langkah kanan musim ini -- selepas gagal mengemudi The City Boys melakukan perkara tersebut musim lalu.

"Saya menjaringkan hatrik bertemu mereka dalam saingan sebelum ini. Namun ia adalah perkara lalu dan mereka bakal menghadirkan pasukan yang berbeza. Kami akan kekal fokus dan menghasilkan permainan terbaik dan mendapatkan mata penuh."

Advertisement

Must Watch Video