City terikat 1-1 dengan Everton di tempat sendiri pada 'Boxing Day yang menjadikan mereka hanya meraih satu kemenangan daripada 13 perlawanan terakhir.
Sepakan penalti Erling Haaland diselamatkan oleh Jordan Pickford sementara Iliman Ndiaye menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan Bernardo Silva di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Kecederaan yang melanda pemain utama seperti Ruben Dias dan Rodri telah menambah kesulitan kepada City, manakala tiada kelibat Kyle Walker, Jack Grealish, Ederson dan John Stones ketika menentang The Toffees.
Dengan jendela perpindahan Januari lalu yang semakin hampir, terdapat spekulasi bahawa City akan aktif, namun Guardiola mencadangkan bahawa perkara itu mungkin tidak akan berlaku.
“Jendela perpindahan musim sejuk bukanlah sesuatu yang mudah,” kata pengurus itu seperti yang dilaporkan oleh ESPN.
“Malah, pemain tahu bahawa kami perlu menambah beberapa pemain baru. Namun, selepas pemain-pemain ini datang dan bermain di posisi mereka, mereka tidak berpuas hati.
Man City's attack vs defence since 30 October in all competitions ? pic.twitter.com/59JQadQhHJ
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) December 26, 2024
“Tetapi kami menghadapi banyak kecederaan dan ini merupakan masalah. Ia berkaitan dengan membawa pemain untuk empat atau lima tahun akan datang, dan kami perlu menilainya.
“Kadang-kadang ia bukan mudah. Kami perlu mencuba kerana masalah ini telah berlarutan untuk jangka masa yang panjang."