Skip to main content

Bola Sepak

Pan-gon mahu terus perkemas strategi Harimau Malaya

276146057_664684211271485_4561528091156444080_n-(1).jpg
Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, bertegas hanya aksi yang baik mampu mencetak gambaran terbaik menjelang tugasan sebenarnya di kelayakan Piala Asia Jun depan.

Menjelang aksi persahabatan kedua dengan Singapura esok, Pan-gon sekali lagi menuntut janji -- 90 minit di Kota Singa perlu disudahkan dengan kemenangan kedua.

Segalanya tampak selesa buat Pan-gon ketika ini, langkah kanan ketika bertemu Filipina membuatkan aksi kedua pertembungan jiran tetangga, Singapura bertambah menarik.

Bagi Pan-gon mudah, perjalanan ke Jun depan amatlah penting.

Aksi esok adalah antara perkara penting yang perlu disudahkan dengan keputusan yang positif.

Beberapa pemain mengalami kecederaan ringan sebaik aksi menentang Filipina.

Tegas Pan-gon, ia bukan sesuatu yang membimbangkan malah lebih selesa berahsia melibatkan pemain yang berhadapan dengan kecederaan tempoh hari.
.
"Perlawanan itu boleh menjadi 'derby' tetapi ia penting, amat penting kerana selaku seorang jurulatih setiap perlawanan penting tanpa keputusan yang baik kita tidak boleh bercakap mengenainya tetapi saya fikir yang lebih penting ialah membina pasukan ini.

"Kami perlu membina satu asas yang amat kukuh, saya perlu lebih mengetahui mengenai sifat dan keupayaan pemain dalam keadaan tertentu. Saya tidak terlalu fokus untuk memenangi perlawanan esok tetapi untuk memaksimumkannya sebagai perlawanan terakhir untuk melihat bagaimana reaksi pemain terhadap taktik kami dalam perlawanan," katanya.

Sementara itu, rata-rata memuji kemunculan kali pertama Ahmad Khuzaimi Piee bersama skuad negara.

Sebaik disenarai namanya antara senjata baru Harimau Malaya, Khuzaimi bertegas dia belum puas membuktikan kemampuan sebenarnya buat jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

"Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya, kemenangan mengatasi Filipina merupakan hasil usaha sepasukan sepanjang perlawanan. Pengalaman yang diberikan oleh barisan pemain berpengalaman dan siapa yang bakal diturunkan bertemu Singapura akan memberikan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video