Skip to main content

Bola Sepak

Palestin vs Jordan: Siaran Langsung & Live Streaming Kelayakan Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

palestin-vs-jordan.jpg
Palestin akan menjadi pasukan tuan rumah untuk melayan kunjungan Jordan di Stadium Bola Sepak KLFA Cheras, Kuala Lumpur malam ini.

Palestin memilih stadium berkenaan setelah mendapat persetujuan bersama Presiden FAM, Tan Sri Dato' Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin bagi mencari gelanggang neutral untuk aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 susulan situasi semasa yang dihadapi mereka di tanah air Palestin.

Dalam aksi pertama kumpulan B, Palestin mencipta kejutan apabila berjaya mengikat Korea Selatan tanpa jaringan sekaligus memungut satu mata berharga.

Situasi sama turut berlaku di kem Jordan apabila mereka turut mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Kuwait pada Jumaat.

Skuad Jordan turut akan diperkuat oleh beberapa pemain Selangor FC iaitu Noor Al-Rawabdeh, Ali Olwan, dan Reziq Bani Hani.

Palestin vs Jordan: Info Siaran Langsung & Live Streaming

Tarikh: Selasa, 10 September 2024
Masa: 10 malam
Saluran: Astro Supersports 813, Astro GO & sooka
Venue: Stadium Bola Sepak KLFA, Cheras

Advertisement

Must Watch Video