Skip to main content

Bola Sepak

Pahang kempunan bawa pulang tiga mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuala-lumpur-pahang.jpg
Hasrat Pahang untuk mencuri tiga mata di Stadium KLFA tidak kesampaian apabila pertembungan dengan Kuala Lumpur berkesudahan seri 2-2, semalam.

Pahang yang berdepan masalah kecederaan pemain utama tetap meletakkan sasaran mata penuh untuk aksi menentang Kuala Lumpur bagi mengejar kedudukan Liga Super.

Namun, keadaan hujan lebat dan terpaksa beraksi dengan padang yang basah selepas aksi tertangguh selama setengah jam seolah-olah merentap semangat skuad Tok Gajah untuk tampil berkesan seperti yang diharapkan.

Skuad kendalian Fabio Maciel itu berada dalam keadaan yang lebih baik berbekalkan barisan pemain yang dimiliki untuk membuktikan kelebihan mereka menerusi gol awal hasil jaringan Guilherme de Paula pada minit ke-9 tetapi kedudukan 1-0 tidak bertahan lama apabila tandukan Mohamadou Sumareh tiga minit kemudian menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Kapten Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin, menyelamatkan keadaan skuad warga kota dengan jaringan pertamanya pada musim ini ketika aksi memasuki minit ke-38 untuk kembali meletakkan pasukannya di depan.

Memasuki babak kedua, pemain muda Pahang, R. Kogileswaran, membalas kepercayaan yang diberikan oleh Dollah Salleh dengan jaringan penyamaan pada minit ke-59.

Pahang seharusnya menarik nafas lega kerana jaringan ketiga tuan rumah, sekali lagi menerusi De Paula, dibatalkan kerana penyerang itu didakwa berada dalam kedudukan ofsaid. 

Tiada sebarang penambahan gol menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi mata selepas perlawanan tamat dengan kedudukan 2-2.

"Kami mendahului dalam babak pertama tetapi aksi pada hari ini agak mengecewakan," kata Maciel.

"Pahang berdepan masalah kecederaan pemain-pemain utama tetapi masih mampu bermain baik, cuma tidak dapat memanfaatkan peluang-peluang yang terhidang," ujar Dollah.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video