PAHANG 3 PULAU PINANG 1
Pahang bermula dengan langkah kanan dalam saingan Kumpulan C, Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Jaringan daripada Dickson Nwakaeme, Mohamadou Sumareh dan Muslim Ahmad membolehkan skuad Tok Gajah itu bangkit daripada ketinggalan setelah Julian Bottaro meletakkan pelawat di depan selepas rehat.
Terkandas dalam suku akhir musim lalu, Pahang bimbingan Dollah Salleh memulakan cabaran Piala Malaysia di laman sendiri dengan mempertaruhkan Nwakaeme, Lazarus Kaimbi dan Norshahrul Idlan Talaha di barisan depan sambil pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani, diletakkan di bangku simpanan.
Namun, skuad Pulau Mutiara -- yang dikejutkan dengan pembatalan kelayakan ke Liga Super baru-baru ini -- terlebih dahulu menguji keampuhan benteng tuan rumah menerusi percubaan Casagrande dan Sergio Aguero sehingga memaksa Helmi Eliza Elias melayangkan badan.
Pahang hampir menceriakan penyokong sendiri pada minit ke-31 selepas Nor Azam Azih meraih ruang untuk melakukan rembatan tetapi usaha pemain tengah kebangsaan itu sekadar sipi dari tiang gol.
Bagaimanapun, pelawat mengejutkan tuan rumah selepas enam minit permainan bersambung.
Tonggak import dari Argentina, Aguero, melakukan hantaran ke depan tatkala Herold Goulon leka membiarkan Bottaro bijak melepasi perangkap ofsaid sebelum penyerang berusia 26 tahun itu tenang melepaskan rembatan kencang kaki kanan menewaskan Helmi Eliza.
Terkejut dengan gol pendahuluan anak buah Manzoor Azwira Abdul Wahid itu, Tok Gajah menggandakan asakan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-54 tetapi tandukan Muslim hasil sepakan sudut Nor Azam sekadar melewati palang.
Jaringan penyamaan yang dicari Pahang akhirnya menyusul empat minit kemudian selepas Abdul Qayyum Jabrullah menjatuhkan Sumareh di dalam petak penalti dan peluang menerusi situasi bola mati itu mudah disempurnakan Nwakaeme.
Norshahrul berpeluang meletakkan Pahang di depan pada minit ke-61 setelah menyambut hantaran leret Nwakaeme tetapi percubaan bekas penggempur Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tepat ke dakapan Zamir Selamat sebelum dia digantikan oleh Faisal Abdul Halim seminit kemudian.
Pemain sayap lincah itu hanya memerlukan seminit untuk meledakkan gol tetapi pengadil perlawanan memberi isyarat tidak sah kerana dia berada di posisi ofsaid, namun kedudukan berubah 2-1 selepas Sumareh melepasi kawalan dua pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kaki kanan.
Keadaan menjadi tegang di Darul Makmur apabila Goulon dilayangkan kad kuning kerana membalas terjahan Aguero dengan tolakan sehingga mencetuskan pergaduhan melibatkan beberapa pemain tatkala Muslim menanduk masuk gol ketiga hasil sepakan percuma Saddil dari sebelah kiri.
Kredit foto: Pahang FA
Keputusan lain:
Kumpulan A
NEGERI SEMBILAN 1 KEDAH 3
Kumpulan B
PJ CITY FC 2 PKNP FC 1
Kumpulan D
SELANGOR 2 FELDA UNITED FC 2