Skip to main content

Bola Sepak

PAFA janji perkasa ubi muda Perak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pafa.jpg
Susulan keputusan Perak untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim depan, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) sedia membantu pemain-pemain muda pasukan itu.

Perkara itu dinyatakan Presiden PAFA, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dengan pihaknya komited memberikan sokongan mengikut kemampuan sedia ada terutamanya dalam aspek membina semula karier pemain-pemain muda negeri itu.

"PAFA menghormati keputusan yang dibuat memandangkan penaja utama , XOX Berhad, memiliki 100 peratus pemilikan saham Perak. 

 

Namun dalam masa sama, bersimpati dengan nasib yang menimpa para pemain khususnya barisan muda.

"PAFA akan memastikan pembangunan bola sepak di setiap daerah dan negeri Perak tidak terjejas dengan keputusan ini.

"Sehubungan itu, PAFA akan terus fokus memainkan peranan memperkukuh pembangunan akar umbi dalam melahirkan pemain muda berkualiti dan berintegriti, sebagaimana mandat diberikan kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Musim ini, The Bos Gaurus berjaya menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketujuh, dengan kempen Unifi Piala Malaysia pula berakhir di saingan suku akhir, manakala Piala FA pula, di pusingan kedua.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video