Skip to main content

Bola Sepak

PAFA, Felda United sedia patuh empat perkara wajib

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak-2019.jpg
Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) bersedia mematuhi empat perkara penting dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum memulakan sesi latihan Isnin ini.

Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamad Azlin Mohd Nadzri, berkata pihaknya bercadang untuk mengadakan latihan di Stadium Perak, Ipoh secara tertutup dengan pemain dipisahkan kepada dua kumpulan dan menjalani sesi latihan berasingan.

Katanya, PAFA tidak menghadapi masalah untuk melantik seorang pegawai penyelaras pematuhan SOP selain kesemua pemain dan pegawai pasukan akan menjalani ujian swab Isnin depan sebelum turun berlatih di padang.

"SOP dikeluarkan itu seiring dengan saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MFL telah memberi penerangan dengan lebih jelas. Bilangan pemain dibenarkan hanya 10 orang dalam satu sesi selama 45 minit.

"Cadangannya adalah pasukan mengadakan dua sesi latihan dalam satu hari secara tertutup. Untuk Perak II, kami bercadang latihan diadakan di Kompleks Bola Sepak Perak untuk dua sesi juga," katanya dalam satu kenyataan MFL hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Azlin berkata pihaknya belum memuktamadkan mengenai sesi latihan skuad Perak II di Kompleks Bola Sepak Perak memandangkan lokasinya agak terbuka.

Dua perkara utama digariskan MFL sebelum pasukan dibenar memulakan sesi latihan adalah pasukan perlu menyerahkan ujian swab yang disahkan oleh doktor pasukan kepada MFL selain melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau pematuhan SOP di peringkat pasukan.

Dua perkara lagi ialah pasukan wajib menamakan pusat latihan yang diadakan di kawasan tertutup dan venue latihan perlu didaftarkan melalui pautan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),  notification.miti.gov.my.

Sementara itu, Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Bakar, berharap setiap pemain dan pegawai pasukan bersikap jujur dalam memaklumkan tahap kesihatan mereka bagi mengelak sebarang risiko tidak diingini sebelum kembali memulakan latihan. 

Ini termasuk dalam kalangan mereka yang sudah bekeluarga seandainya ada antara ahli keluarga tidak sihat dan amat penting untuk pemain atau pegawai pasukan juga melakukan pemeriksaan susulan.

“Cadangan kami adalah pasukan akan berlatih secara bergilir di dua tempat iaitu di Institut Semarak Felda, Bangi dan di Padang Latihan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai manakala latihan akan dijalankan tiga sesi dalam satu hari.

“Bagaimanapun, apa yang penting, saya mahu setiap pemain dan pegawai menitikberatkan aspek kesihatan mereka dan bukan secara individu sahaja, malah orang di sekeliling mereka juga terutama ahli keluarga,” katanya.

Isnin lalu, KBS memberi kebenaran untuk semua sukan berpasukan dan sukan tempur memulakan latihan tanpa sentuhan badan dengan melakukan penjarakan sosial tiga hingga lima meter bermula 15 Jun ini.

Saingan Liga Super dan Liga Perdana, yang ditangguhkan pada 16 Mac lalu susulan penularan pandemik COVID-19, dijangka bersambung semula September depan.

-- BERNAMA

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video