Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil, mahu bekas pemain kelab itu berhenti mengkritik dan mula menyuarakan sokongan selepas beberapa legenda The Gunners menjangkakan mereka akan bergelut, musim ini.
Tony Adams dan Martin Keown adalah antara legenda Arsenal yang telah menyelar persembahan Ozil susulan gagal mencabar kejuaraan liga musim lalu, dengan bekas pemain tengah, Emmanuel Petit, berkata pemain Jerman itu wajar dijual selepas kekalahan memalukan 4-0 kepada Liverpool.
Dalam satu kenyataan dalam media sosial bagi meraikan tahun keempatnya selaku pemain Arsenal, Ozil membidas mereka yang mengecamnya di samping menekankan dia telah meraih tiga kejuaraan Piala FA dan Perisai Sumbangsih setakat ini di Emirates.
"Beberapa hari ini, rakan saya di Jerman bertanyakan situasi saya di Arsenal," kata Ozil, yang sedang beraksi bersama Jerman dalam kelayakan Piala Dunia.
"Mereka mendakwa terbaca kononnya wujud krisis di Arsenal tatkala setiap bekas pemain dan pemerhati bola sepak berkata ini adalah skuad terburuk The Gunners.
"Enam kejuaraan dalam empat tahun adalah satu pencapaian. Tetapi kami kecewa kerana gagal memainkan peranan dalam perebutan kejuaraan liga musim lalu. Kami mahu mengubah situasi itu musim ini.
"Secara peribadi, saya telah menerima pelbagai kritikan, 'terlalu mahal, terlalu tamak, tampak malas' -- ini antara kecaman yang saya terima.
"Segelintir daripada kritikan ini hadir daripada mereka yang tidak mengenali saya, bekas pemain -- yang bagus dan tidak bagus -- ketika beraksi bersama kelab ini.
"Meskipun kritikan adalah perkara biasa, saya menjangkakan pemain legenda untuk beraksi seperti seorang legenda. Nasihat saya kepada mereka: Berhenti mengecam dan mulalah menyokong!"