Pemain tengah Real Madrid, Mateo Kovacic, disahkan mengalami kecederaan selepas otot aduktor kakinya koyak dalam kemenangan 3-0 ke atas APOEL dalam saingan Liga Juara-Juara, kelmarin.
Kovacic membuat penampilan pertamanya bersama Madrid dalam kemenangan ke atas Barcelona dalam aksi Supercopa de Espana, bulan lalu.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa Croatia itu hanya berada di atas padang selama 25 minit.
Satu kenyataan kelab menyebut: "Selepas menjalankan pemeriksaan ke atas Mateo Kovacic, pemain itu didapati mengalami kecederaan di bahagian otot aduktor di kaki kanannya.
"Proses pemulihannya akan dinilai."
Madrid melakar kemenangan 3-0 hasil sumbangan dua gol Cristiano Ronaldo sebelum kapten, Sergio Ramos, melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga.
Skuad kendalian Zinedine Zidane dijangka bakal meneruskan saingan LaLiga dengan kemenangan apabila bertandang ke Real Sociedad, Ahad ini, selepas mengutip dua keputusan seri berdepan Valencia dan Levante.