Skip to main content

Bola Sepak

Oscar dalam pertimbangan bersara susulan alami masalah jantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

osar.jpg
Bekas bintang Chelsea, Oscar bakal bersara daripada bola sepak selepas isteri dan keluarganya merayunya supaya meninggalkan kariernya kerana masalah jantung.

Pemain Brazil berusia 34 tahun itu kini berada dalam rawatan rapi selepas tidak sedarkan diri semasa sesi latihan bersama Sao Paulo akibat masalah jantung.

"Terima kasih banyak atas pesanan dan doa. Semuanya baik-baik saja," kata Oscar menerusi Instagram semalam.

??? | BREAKING | Oscar was taken to Albert Einstein Hospital in São Paulo today after he felt unwell. Tests have revealed a heart problem.

It is understood that he will retire from football and focus on recovery. pic.twitter.com/CD5zCo5P58
— AllThingsBrazil™ (@SelecaoTalk) November 11, 2025

Oscar telah menerima ubat untuk keadaan jantung sejak Ogos dan telah dibenarkan bermain bola sepak, namun masalah kesihatan berulang dan memaksanya untuk mempertimbangkan semula masa depannya.

Menurut saluran Brazil, Globo, Oscar -- yang memperoleh GBP150 juta (RM814 juta) di China -- dinasihatkan oleh keluarganya untuk bersara.

Oscar mempunyai kontrak sehingga 2027 namun bos Sao Paulo terbuka kepada penamatan perjanjiannya secara baik sekiranya dia ingin bersara.

Sumber kelab mengesahkan kepada saluran itu bahawa perasaannya ialah dia '99 peratus' berkemungkinan akan meninggalkan bola sepak.

Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.

Dapatkan Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video