Demikian jelas kapten Harimau Malaya, Faisal Halim, yang secara rasmi akan menyarung kasut bola berjenama dari Indonesia, Ortuseight, dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
Dia pertama kali dilihat menggunakan jenama itu ketika sesi latihan di Thailand bagi perlawanan separuh akhir Piala AFF 2022.
Ia satu peralihan besar daripada tonggak baru Selangor itu memandangkan dia sebelum ini memakai jenama sukan terkenal.
"Saya bukan mahu (ambil) kira harga kasut dan jenama besar tapi yang penting ialah kelesaan pemain.
"Yang penting saya selesa bermain dan tidak jejas (mutu) persembahan saya.
Ortuseight taja Faisal Halim, memang bergaya lah Miki kat atas padang lepas ni
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 29, 2023
Saksikan Nadi Weekend setiap Sabtu & Ahad pada jam 7.30 malam!#NadiWeekend #AstroArena @zulhelmizainal1 pic.twitter.com/tg7FwXhtWf
"Saya membuat satu keputusan yang agak besar menukar jenama profesional dan satu kebanggaan buat Ortuseight dan saya sendiri," katanya di ibu negara hari ini.
Musim lepas Miki mencatat 11 gol dalam jumlah 2,567 minit penampilan bersama Terengganu.
Ia ditambah dengan 18 bantuan jaringan untuk membantu skuad Peteh meraih tiket Piala AFC.
"Ketika perlawanan suku akhir menunjukkan fotonya.
"Saya mengenalinya tapi tidak tahu sebesar mana namanya.
"Kemudian saya mengirimnya sepatu (untuk dicuba) dan ramai mula bertanyakan tentang kepadanya," kata jurucakap Ortuseight.