Gergasi Greece, Olympiacos, mengesahkan bahawa mereka telah bersetuju untuk menandatangani semula penyerang Everton, Kevin Mirallas.
Pemain kebangsaan Belgium itu menyertai The Toffees dari Olympiacos pada 2012 dan telah beraksi sebanyak 186 perlawanan untuk kelab.
Bagaimanapun, pemain yang menjangkau usia 30 tahun itu hanya membuat lima penampilan buat Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, tiga daripadanya sebagai pemain gantian.
Mirallas tidak berada dalam skuad sejak Sam Allardyce dilantik sebagai pengurus.
Ketika bersama Olympiacos, Mirallas meledak 31 gol dalam 71 penampilan, sekali gus menjuarai saingan liga dua tahun berturut-turut.
Perpindahannya telah disahkan menerusi laman Twitter kelab tersebut.