Skip to main content

Bola Sepak

Odegaard sah tandatangan kontrak baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

martin-odegaard-cropped_1vrq7ymikad11kcdm1scpcdbd.jpg
Pemain muda Real Madrid, Martin Odegaard, mengesahkan telah menandatangani kontrak baru bersama juara bertahan LaLiga itu.

Odegaard menarik perhatian ramai selepas menyertai Madrid ketika berusia 16 tahun pada Januari 2015, namun hanya melakukan satu penampilan di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Bagaimanapun, juara Eropah itu masih memberi kepercayaan buat pemain Norway itu untuk terus bersama Los Blancos walaupun tempoh pembaharuan kontrak itu tidak dinyatakan.

"Sekurang-kurangnya lebih dari 2018," kata Odegaard.

"Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut."

Odegaard kini beraksi dalam Liga Eredivisie selepas dipinjamkan ke Heerenveen dan telah beraksi dalam kesemua tiga perlawanan musim ini dan dia menyatakan kegembiraannya apabila Madrid terus mengikuti perkembangannya.

"Mereka datang melihat saya bermain dan mengikuti perkembangan saya.

"Pihak Madrid memberitahu bahawa mereka akan melihat sejauh mana peningkatan saya dan masih mahu melabur terhadap saya."

Advertisement

Must Watch Video