PIALA EFL
Nwaneri bakal berehat 'beberapa' minggu
Pengurus pasukan, Mikel Arteta, mengesahkan bahawa Arsenal bakal bermain tanpa pemain muda, Ethan Nwaneri, untuk beberapa minggu selepas mengalami kecederaan otot dalam aksi menentang Brighton and Hove Albion.
Pemain berumur 17 tahun itu menyumbang jaringan pembukaan dalam aksi seri 1-1 Sabtu lalu, namun dia direhatkan di babak kedua susulan kecederaan.
Nwaneri kini merupakan pemain bola sepak keenam untuk menjaringkan lebih dari satu gol di Liga Perdana Inggeris sebelum mencecah umur 18 tahun.
Iklan
Secara keseluruhan, dia telah mencatatkan 18 penampilan bersama skuad utama Arsenal musim ini, dalan tersenarai dalam kesebelasan utama dalam enam perlawanan serta merekodkan lima jaringan dalam kesemua kejohanan.
Bagaimanapun, Nwaneri tidak akan terlibat dalam aksi pertama separuh akhir Piala EFL menentang Newcastle awal pagi esok.
"Malangnya, Nwaneri telah mengalami kecederaan dan akan berehat beberapa minggu," kata Arteta dalam siding media.
Must-Watch Video