Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.
Selepas masuk sebagai pemain gantian ketika berdepan Inter dalam Liga Juara-Juara (UCL), perancang itu tampil sepanjang perlawanan ketika Arsenal terikat 1-1 dengan Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu dan menjadi arkitek kepada jaringan pembukaan Gabriel Martinelli di Stamford Bridge.
Namun, Odegaard tidak akan mewakili negaranya dalam jadual antarabangsa kali ini.
"Ini adalah kecederaan buku lali yang rumit. Dengan sesi latihan yang sangat terhad bersama Arsenal sejak sembilan minggu lalu, adalah wajar bahawa tahap fizikalnya tidak 100 peratus di peringkat ini," kata doktor pasukan kebangsaan Norway, Ola Sand, dalam satu kenyataan.
⏪ Two years ago today...
— Arsenal (@Arsenal) November 12, 2024
Our skipper struck twice to ensure a win at Wolves ? pic.twitter.com/lDIOaCF6iX
“Selepas pemeriksaan dan perbincangan menyeluruh, kami sepakat bahawa Martin tidak akan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Slovenia dan Kazakhstan.
"Setelah berunding dengannya, kami telah bersetuju bahawa lebih baik dia kembali ke London untuk meneruskan pemulihannya di sana."
Norway berada di tangga teratas kumpulan UNL walaupun terikat sama mata dengan Slovenia dan Austria.