Skip to main content

Bola Sepak

Nor Hakim azam bantu T-Team perbaiki kedudukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17417hakim.jpg
Pemain sayap T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan, meletakkan sasaran untuk terus menjadi penjaring gol pasukannya sekali gus memperbaiki kedudukan T-Team dalam Liga Super.

Nor Hakim, 26, merupakan watak penting skuad kendalian Rahmad Darmawan itu sejak musim lalu, dan telah menjaringkan lima gol setakat ini termasuk hatrik ketika bertemu Kedah, Sabtu lalu.

Jaringan pertama tercipta menerusi separuh voley menarik manakala dua gol lagi hasil larian pantas daripada serangan balas, satu corak terkenal yang diamalkan T-Team, bijak menggunakan kepantasan pemain lincah itu.

Sambil memuji persefahaman pasukan yang semakin meningkat, Nor Hakim sedar kerja kerasnya masih belum selesai memandangkan perjalanan Liga Malaysia yang masih panjang.

“Kami menunjukkan disiplin yang tinggi ketika menentang pasukan berkualiti malah pemain import juga mula menunjukkan keserasian bersama pasukan.

“Setiap kali sebelum perlawanan, saya sentiasa memasang sasaran untuk menjaringkan gol buat pasukan ini,” katanya.

Kelibatnya nyata memilik ciri-ciri pemain sayap yang lengkap, dan katanya lagi, dia bersedia sekiranya dipanggil menyarung jersi kebangsaan pada bila-bila masa.

Malah, sebagai antara pemain senior dalan pasukan T-Team yang dibarisi ramai pemain muda, Nor Hakim jelas memainkan peranan di dalam dan luar padang untuk memberi contoh terbaik kepada mereka.

“T-Team juga mempunyai kualiti tersendiri kerana semua pemain muda ini sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk beraksi dalam kesebelasan utama,” tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video