Skip to main content

Bola Sepak

N'Guessan sertai TFC II

n-guessan.jpg
Selepas disahkan beraksi dalam Liga Perdana, Terengganu FC II (TFC II) tidak menunggu lama untuk menyambar tiga pemain import bagi memperkuatkan pasukan itu.

Menurut pengendalinya, Tengku Hazman Raja Hassan, dua daripada mereka ialah Akanni Sunday Wasiu dan Bruno Junichi Suzuki serta bekas tonggak UiTM FC, Marcel N'Guessan.

Walaupun Akanni dan Bruno bukan asing kepada TFC II, Tengku Hazman menegaskan persembahan lebih baik perlu ditunjukkan kedua-dua pemain itu bagi membantu pasukan.

"Saya berharap mereka akan meneruskan keserasian di atas padang, begitu juga dengan 18 pemain lain yang dikekalkan," katanya.

Tengku Hazman juga tidak menolak kemungkinan mendapatkan seorang lagi pemain di bahagian pertahanan, sekali gus melengkapkan kuota empat pemain import.

"Marcel (N'Guessan) seorang yang rajin selain mampu memberikan arahan dan mengawal rentak permainan.

"Seorang lagi masih dalam perancangan. 

"Buat masa ini, TFC II dapatkan tiga orang dahulu," tambah bekas kapten skuad kebangsaan itu.

Advertisement

Must Watch Video