Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, menegaskan rekrut terbaru, Neymar, dan Edinson Cavani mendahulukan kepentingan kelab berbanding pencapaian individu, terutama ketika pengambilan sepakan penalti.
Neymar -- yang berhijrah ke Perancis dengan yuran perpindahan GBP200 juta (RM1.1 bilion), telah pun mencetak lima gol setakat ini.
Rakan sepasukan, Cavani -- pengambil sepakan penalti utama pasukan -- tidak dibayangi dengan kehadiran Neymar dan Kylain Mbappe apabila telah pun meledak sembilan gol dalam semua kejohanan.
Tatkala rekrut terbaru PSG tiba dengan ego yang tinggi, Emery menegaskan Neymar dan rakan sepasukan lain berkerjasama dengan baik bagi menghadirkan kejayaan dalam Ligue 1 dan Liga Juara-Juara.
"Neymar menyertai kami dengan menyedari bahawa kami semua mahu melakar kejayaan bersama," Emery memberitahu wartawan.
"Dengan kemampuannya, dia mampu membantu kami merealisasikan harapan ini.
"Dia juga mampu melunaskan sasaran peribadi tetapi dia sedar terdapat ramai pemain yang hebat di sini. Saya sudah berbincang dengan Neymar dan juga Cavani.
"Paling penting ketika perlawanan berlangsung, mereka membantu satu sama lain dan berbincang siapa yang akan mengambil sepakan percuma dan penalti.
"Mereka berdua pemain yang bijak. Mereka perlukan bantuan masing-masing. Jika penalti pertama diambil Cavani, penalti seterusnya akan menjadi tugas Neymar."
PSG menerima kunjungan Lyon, esok dalam misi memburu kemenangan keenam berturut-turut.