Skip to main content

Bola Sepak

Neymar tidak boleh ke kelab lain -- Rivaldo beri amaran buat Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

neymarcropped_1tweeaxs6g2sf1ukyn97tt6pe4.jpg
Neymar melakukan kesilapan apabila meninggalkan Barcelona dan kelab LaLiga itu harus melakukan segalanya untuk membawanya pulang, kata bekas pemain, Rivaldo.

Bintang Brazil itu dikaitkan dengan kepulangan ke kelab gergasi Catalan itu selepas dua tahun menyertai Paris Saint-Germain (PSG) menerusi perpindahan yang memecahkan rekod dunia bernilai EUR222 juta (RM1.08 bilion).

Delegasi daripada Barca dilaporkan berada di ibu negara Perancis itu kelmarin untuk melakukan perbincangan tatkala ia perlu dilengkapkan sebelum jendela perpindahan tamat 2 September ini.

Real Madrid juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu tetapi Rivaldo -- yang mewakili Barca sejak 1997 sehingga 2002 -- menggesa bekas kelabnya itu bertindak lebih pantas dan tidak membiarkan pasukan lain membelinya.

"Semua orang tahu apa yang berlaku dengan Neymar. Keputusannya meninggalkan Barca adalah sesuatu yang salah. Dia tidak sepatutnya meninggalkan kelab terbesar di dunia. Namun, dia kini mahu pulang dan mengakui kesilapannya," katanya.

"Saya harap presiden serta semua individu dalam pihak pengurusan tidak akan membenarkannya pergi ke kelab lain. Mereka perlu menyelesaikan perbincangan dengan PSG untuk membolehkannya pulang ke kelab yang tidak patut dia tinggalkan sebelum ini."

Advertisement

Must Watch Video