Masalah di posisi penjaga gol Real Madrid terus membelenggu pasukan itu dengan yang terkini, Keylor Navas pula disahkan mengalami kecederaan otot.
Pemain kebangsaan Costa Rica itu melengkapkan aksi 90 minit ketika pasukannya tewas kepada Leganes dalam pertemuan Copa del Rey kelmarin, namun akan terlepas aksi penting berdepan pesaing di tangga ketiga LaLiga, Sevilla, malam ini.
Pertemuan itu cukup penting memandangkan Madrid dan Sevilla kini terikat 33 mata dan kekurangan lima mata di belakang pasukan di tangga kedua, Atletico Madrid.
Keadaan itu berkemungkinan memaksa Santiago Solari melakukan perjudian terbesar dengan mempertaruhkan Thibaut Courtois yang baru sahaja pulih daripada kecederaan pinggul.
Ia selepas pasukan itu merelakan pemergian penjaga gol ketiga, Kiko Casilla, bagi menyertai kelab England, Leeds United, baru baru ini.
Kehilangan itu juga akan meletakkan pemain muda, Luca Zidane, sebagai penjaga gol kedua menjelang perlawanan di Santiago Bernabeu itu.
Madrid, bagaimanapun, tidak mendedahkan tempoh pemulihan yang diperlukan Navas
Kenyataan yang dikeluarkan juara Eropah itu berbunyi: "Berdasarkan ujian yang dilakukan bahagian perubatan Real Madrid ke atas Keylor Navas, pemain itu didapati mengalami kecederaan otot longus kanan.
"Tahap kecederaannya, bagaimanapun, masih dalam pemantauan."
Toni Kroos, Gareth Bale, Marco Asensio dan Marcos Llorente merupakan pemain utama pasukan itu yang masih belum keluar daripada senarai kecederaan.