Skip to main content

Bola Sepak

Natxo Insa ketuai JDT cipta kemenangan tipis

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

natxo-insa2.jpg
JDT 1 LCS 0


Pemain tengah berpengalaman, Natxo Insa, membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta kemenangan ke atas kelab Singapura, Lion City Sailors, dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa, malam tadi. 


Pemain berdarah kacukan itu dilantik sebagai ketua pasukan ketika jaringan Shahrul Saad pada minit ke-88 menjadi pemisah tunggal pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Gelang Patah itu. 





JDT dalam persiapan menghadapi Kuala Lumpur Rovers dalam saingan Piala Malaysia disusuli pertemuan dengan kelab China, Shandong Taishan , dalam kancah Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), enam hari kemudian.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video