Juara lapan kali Liga Perdana Inggeris (EPL), Gary Neville, melabel penjualan penyerang, Darwin Nunez, boleh merencatkan momentum Liverpool.
Skuad kendalian Arne Slot itu kini empat mata di hadapan Arsenal yang menguasai di tangga kedua dengan kelebihan satu perlawanan menjelang perlawanan bertemu Brentford, hujung minggu ini.
Sementara itu, Nunez hanya menjaringkan dua gol liga musim ini selepas memulakan tujuh perlawanan, secara tidak langsung dikaitkan dengan jendelan perpindahan pada bulan ini.
Liverpool dilaporkan telah menyekat tawaran kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, terhadap pemain Uruguay itu dan Neville percaya bahawa mereka harus mengekalkannya sekurang-kurangnya hingga musim panas depan.
“Jika saya adalah pemilik kelab, saya akan memberitahu pengarah sukan dan jurulatih bahawa kami perlu menerima tawaran itu,” katanya.
Last time out #BRELIV 📸 pic.twitter.com/km57a78oX3
— Liverpool FC (@LFC) January 16, 2025
"Tetapi adakah ia akan merugikan kami dalam saingan liga?
"Jurulatih mungkin mempertimbangkannya dengan tenang tetapi fikiran pengarah sukan pula ialah mahu mengambil tawaran itu. Adakah itu menyebabkan Arne Slot kekurangan pemain?
"Saya akan mengekalkan Nunez hingga penghujung musim kerana saya tidak mahu mengambil risiko dalam liga.
"Dia beraksi cemerlang dan dia boleh menyumbangkan jaringan."