Skip to main content

Bola Sepak

Nasib Man City di tangan sendiri -- Guardiola

guardiola.jpg
Pep Guardiola sedar nasib perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini di tangan Manchester City sambil menggesa pemainnya supaya tidak melepaskan sebarang peluang.

City menuju ke hari terakhir musim ini di kedudukan teratas -- dua mata di depan Arsenal dan diambang kejuaraan keempat berturut-turut yang belum pernah direkodkan.

Pasukan Guardiola akan mempertahankan gelaran sekiranya menewaskan West Ham di tempat sendiri. Mereka masih boleh memenangi liga dengan keputusan seri tetapi sekiranya Arsenal gagal menewaskan Everton.

Dan mesej yang Guardiola lontarkan kepada pasukannya adalah satu amanat yang jelas.

“Ketika itu, takdir di tangan kita,” katanya. 


“Tetapi jika anda menunggu Arsenal sekali lagi keciciran mata, anda silap.




"Jika anda fikir Arsenal akan tewas di Old Trafford (menentang Manchester United), lupakannya. Jika anda fikir Everton akan melakukan sesuatu keajaiban, lupakan tentang itu.

"Ia tidak akan berlaku. Kami melakukan apa yang kami perlu lakukan ketika bertemu Crystal Palace, menentang Wolves, Fulham, Spurs dan kini kami melangkah ke perlawanan terakhir. 

"Jadi mereka tahu ia adalah mengenai kemenangan, jika tidak Arsenal pasti akan muncul juara."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video