Skip to main content

Bola Sepak

Napoli beri amaran kepada Manchester United, Chelsea berhubung Osimhen

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

osimhen.jpg
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis, menegaskan pendahulu Scudetto tidak perlu menjual Victor Osimhen yang menjadi sasaran Manchester United dan Chelsea.

Sentuhan bintang antarabangsa Nigeri itu dilaporkan diminati duo Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan selain nama besar lain di serata Eropah selepas menyerlah bersama pendahulu Serie A, Napoli, musim ini.

Penggempur berusia 24 tahun itu telah merakamkan 17 gol pada musim ini -- yang keenam dalam kalangan pemain lima liga utama Eropah -- selain mencipta tiga bantuan jaringan lagi dalam 21 penampilan.

Walaupun tawaran terhadap kelibat Osimhen kian meningkat antara menjelang musim panas ini, De Laurentiis menjelaskan Napoli tidak perlu menjana wang, menjelang pertemuan dengan Eintracht Frankfurt dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), dua minggu lalu.

"Victor bukan untuk dijual," katanya kepada media Jerman, Bild. 





"Pemain kami mendapat permintaan tinggi tetapi kami tidak terdesak untuk menjual sesiapa. Kami tidak menanggung sebarang hutang."

Osimhen sekali lagi menyumbangkan gol berganda dalam kemenangan 3-0 ke atas Spezia, hujung minggu lalu, untuk Napoli berkelebihan 13 mata di puncak Serie A di depan pencabar terdekat, Inter.

Dia merekodkan 53 gol dalam 95 perlawanan liga sepanjang empat musim lalu bersama Lille dan Napoli.
 

Advertisement

Must Watch Video