Kehadiran lebih 16,000 penyokong Kedah Darul Aman FC dalam aksi persahabatan pramusim menentang Kelantan FC di Stadium Darul Aman semalam mendapat pujian ketua jurulatih Sang Kenari, Nafuzi Zain.
Biarpun hanya aksi persahabatan untuk menguji keserasian pemain, kehadiran penyokong yang ramai menyuntik semangat pasukan itu dan dua jaringan pemain import dari Brazil, Willian Lira Sousa, membantu Kedah menang 2-0.
"Kami rasakan seperti suasana perlawanan yang sebenar, mungkin ada juga pemain baru yang gugup melihat situasi malam ini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Menurut Nafuzi, masa masih diperlukan oleh pasukan kejurulatihannya untuk membentuk keserasian dalam kalangan pemain, terutama pemain muda.
Katanya, semua pemain perlu bersedia untuk diturunkan, terutama dalam perlawanan yang membabitkan intensiti yang tinggi.
“Kami baru bersama 10 hari dan menjalani latihan. Secara keseluruhan, saya berpuas hati aksi dipamerkan pemain Kedah. Pemain cuba bagi yang terbaik dalam aksi semalam tapi mungkin banyak faktor yang harus diperhatikan," ujarnya.
Mengulas mengenai prestasi Sousa, yang telah menjaringkan tiga gol dalam dua aksi persahabatan pramusim, Nafuzi menyifatkanya sebagai perkara positif.
"Tugas penyerang untuk menjaringkan gol dan malam ini, dia dapat jaringkan gol. Pada saya, ia satu perkara positif,” katanya lagi.
Kredit: Sinar Harian