Skip to main content

Bola Sepak

Muller puji keazaman Bayern

muller-cropped_3hq60c0xsffv1cedsqyu9lg30.jpg
Thomas Muller memuji keazaman yang dipamerkan Bayern Munich selepas penyandang juara itu kembali ke landasan kemenangan dengan membelasah Mainz 4-0.

Bayern tewas mengejut 0-2 di tangan Hoffenheim minggu lalu.

Kekalahan itu disusuli tindakan Ketua Pegawai Eksekutif, Karl-Heinz Rummenigge, mengkritik penyerang, Robert Lewandowski, atas kenyataan pemain itu bersabit dengan urusan pembelian pemain.

Bagaimanapun, segala isu di luar padang diketepikan di Allianz Arena, malam tadi.

Muller membuka tirai jaringan pada minit ke-11 sebelum Arjen Robben menambah gol kedua 10 minit kemudian.

Dua gol Lewandowski dalam babak kedua mengesahkan kemenangan besar Bayern.

Penyerang Jerman, Muller, berasakan Bayern mempamerkan komitmen untuk kembali bangkit.

"Sudah tentu kami ada perancangan dalam perlawanan sebelum ini tetapi kami banyak melakukan kesilapan," katanya.

"Hari ini kami bermain dengan lebih baik sebagai satu pasukan.

"Kami mempamerkan keazaman untuk menang. Kami perlu meneruskan momentum sama dalam aksi seterusnya."

Pada masa sama, pengendali Bayern, Carlo Ancelotti, gembira melihat jentera serangan kembali ke tahap terbaik.

"Kami bermain dengan intensiti tinggi. Jentera serangan bekerjasama dengan baik.

"Situasi ini membenarkan kami bermain dengan lebih ancaman. Barisan pertahanan juga ampuh."

Advertisement

Must Watch Video