MANCHESTER UNITED 3 BASEL 0
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, memberi amaran kepada pemain-pemainnya di sebalik kembali ke dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan 3-0 ke atas Basel.
United mendominasi perlawanan yang berlangsung di Old Trafford dengan jaringan dihasilkan oleh Marouane Fellaini, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford bagi memastikan tiga mata berjaya diraih bagi aksi pembukaan Kumpulan A itu.
Walaupun berpuas hati dengan keputusan itu, Mourinho berasakan asakan United mulai merosot selepas meraih dua gol pendahuluan pada awal babak kedua.
"Tiga mata adalah sangat penting," katanya.
"Sangat penting untuk meraih kemenangan ketika memulakan saingan beraksi di laman sendiri.
"Kami bermain dengan seimbang sehingga meraih dua gol. Tetapi selepas itu, kami kerap melakukan kesilapan dan meletakkan keadaan yang mampu menghukum kami.
"Pemain-pemain sudah berasakan perlawanan sudah berakhir apabila mendahului 2-0 tetapi anda perlu menghormati pasukan lawan.
"Kami gagal mengekalkan asakan, pemain-pemain terlalu bersahaja, dan saya tidak menggemarinya. Tetapi secara keseluruhan, ia merupakan prestasi yang mantap dan tiga mata yang sangat penting."