Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho adalah masalah di Manchester United

pogba.jpg
Abang Paul Pogba, Mathias, mendedahkan bahawa bekas pengurus, Jose Mourinho, adalah masalah utama di Manchester United sebelum ini.

Mourinho dipecat United bulan lalu dan terdapat laporan yang mencadangkan bahawa hubungan di antara pengurus itu dan Paul Pogba merupakan punca prestasi hambar yang dipamerkan oleh pasukan berkenaan.

Pogba, pemenang Piala Dunia yang diberikan lilitan penolong kapten terdahulu musim ini sebelum diketepikan oleh Mourinho beberapa minggu sebelum beliau dipecat, mula kembali menyerlah selepas pasukan kini diambil alih oleh pengendali sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Mathias Pogba berkata masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain di Old Trafford berpunca daripada Mourinho sendiri.

"Masalah utamanya adalah Mourinho," kata Mathias. 

"Di dalam dan di luar bilik persalinan... segala-galanya.

"Saya mengenali adik saya, anda hanya memberitahunya supaya pergi dan bermain, dia akan melakukan selebihnya."

Mathias berkata lagi, "Daripada apa yang kita dapat lihat pada Mourinho, beliau sentiasa mahu menjadi 'maestro' -- menjadi perhatian utama.

"Bagi Paul, dia tidak pun ambil kisah aspek itu. Jika anda menghormatinya, dia akan menghormati anda. Jika anda mempercayainya, dia akan memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan-perlawanan utama."

Pogba telah menjaringkan tujuh gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini dan bakal berkunjung ke Wembley untuk berdepan Tottenham, Ahad ini.
 

Advertisement

Must Watch Video