Fenerbahce melengkapkan pinjaman selama 18 bulan untuk mendapatkan Victor Moses dari Chelsea.
Moses, 28, merupakan pemain utama ketika di bawah era Antonio Conte tetapi jarang diturunkan sepanjang musim ini dan dibenarkan berhijrah bulan ini.
Bekas pemain antarabangsa Nigeria itu menyertai The Blues pada 2012 selepas menampilkan aksi memukau sebagai pemain sayap di Wigan Athletic, namun dia berjuang untuk mencipta impak dalam beberapa tahun awal kemunculannya di Stamford Bridge.
Selepas menyertai Liverpool, Stoke City dan West Ham sebagai pemain pinjaman, Moses kembali ke Chelsea untuk kempen 2016-17 yang kelihatan akan menjadi takdirnya untuk keluar dari kelab itu.
Bagaimanapun, Conte menukar peranannya daripada pemain sayap dan dia berkembang dalam peranan baru itu, beraksi sebanyak 34 kali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika Chelsea memenangi gelaran pada musim 2016-17.
Dia juga menonjol dalam kempen berikut, namun sejak ketibaan Maurizio Sarri, dia hanya sempat beraksi selama 26 minit ketika muncul sebagai pemain gantian berdepan Liverpool dan Huddersfield Town dalam aksi liga.
Moses menyertai Fenerbahce dalam situasi krisis memandangkan mereka menghuni satu tangga di atas zon penyingkiran melalui perbezaan gol setelah hanya mengutip 17 mata daripada 18 perlawanan.
Chelsea juga turut membenarkan pertahanan, Matt Miazga, menyertai Reading sehingga hujung musim ini.