Alvaro Morata menamatkan igauan ngerinya bersama Chelsea selepas bersetuju untuk dipinjamkan kepada Atletico Madrid sehingga penghujung musim depan.
Morata menyertai The Blues pada 2017 dengan yuran yang dilaporkan sebanyak £58 juta (RM854.6 juta) daripada Real Madrid.
Dia dilihat bakal menyinar di Stamford Bridge selepas menjaringkan 10 gol dalam separuh pertama musim pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris.
Namun, dia hanya meledak sekali dalam baki saingan musim lalu dengan faktor kecederaan dan prestasi buruk kerap kali menafikan impak yang cuba disampaikannya.
Kehadiran Maurizio Sarri daripada Napoli terus membuka peluang untuk pemain itu kembali menyinar, namun pergelutan Morata terus dapat disaksikan dengan dia hanya menjaringkan lima gol dalam 16 perlawanan liga musim ini.
Selepas Morata dan Olivier Giroud berkongsi tugas penyerang pada minggu-minggu awal musim ini, Sarri kini lebih gemar untuk meletakkan Eden Hazard di posisi nombor sembilan.
Dengan kehadiran Gonzalo Hugain yang dipinjamkan daripada bekas kelab Morata, Juventus, minggu lalu, ia memperlihatkan pemain Sepanyol itu terpaksa meninggalkan pasukan.
Sarri sebelum ini mengesahkan Morata pernah meminta untuk meninggalkan kelab tersebut.
Kini, impian pemain berusia 26 tahun itu telah menjadi nyata.
"Saya gembira dan berbangga untuk berada di sini.
"Saya tidak sabar untuk mula berlatih dan bermain dengan rakan-rakan baru," kata Morata.
Sarri pernah mendakwa Morata berdepan masalah kelemahan mental.
Penyerang itu berharap dapat kembali menyinar menerusi persekitaran yang cukup dikenalinya.
Walaupun bermula sebagai pemain profesional di Real Madrid, Atletico merupakan pasukan pertama yang membentuk kariernya sejak kecil.
Kehadirannya mungkin akan memberi tekanan kepada penyerang tunggal pasukan itu, Antoine Griezmann, selepas Diego Costa masih belum pulih daripada kecederaan.
Kehadiran Morata juga mungkin mengakibatkan Nikola Kalinic meninggalkan pasukan itu walaupun baru sahaja menyertai Atletico, Ogos lalu.