Skip to main content

Bola Sepak

Morata ke Atletico? Saya tidak mahu cakap apa-apa -- Simeone

alvaro-morata.jpg
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, enggan mengulas sama ada pasukannya merupakan sebahagian yang berminat untuk memiliki bintang penyerang Chelsea, Alvaro Morata.

Bekes penyerang Real Madrid itu dikaitkan dengan kepulangan ke LaLiga, namun Sevilla menyatakan amat sukar untuk membawa pemain itu kembali ke Sepanyol.

Morata -- yang hanya menjaringkan sembila gol dalam kesemua kejohanan musim ini -- hanya menjaringkan 16 gol Liga Perdana Inggeris buat Chelsea sejak tiba dengan yuran perpindahan £60 juta (RM314.7 juta) pada Julai 2017.

Atletico dikhabarkan menyertai perebutan untuk membawa pemain itu ke Sepanyol, namun Simeone enggan mengulas mengenai perkara itu selepas pasukannya diikat Girona 1-1 dalam Copa del Rey, awal pagi tadi.

"Satu-satunya perkara yang saya sedang saya fikirkan adalah perlawanan yang akan tiba di antara kami dan Levante.

"Saya tidak akan bercakap tentang individu yang bukan pemain saya.

"Saya tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara itu.

"Sebagai jurulatih, saya perlu menunggu apa yang mampu dilakukan kelab ini.

"Sesetengah pemain mahukan lebih peluang beraksi.

"Ada antara mereka yang akan dijual dan ada yang akan dibeli.

"Kita tunggu sahaja 13 Januari ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video