Tonggak Kuala Lumpur City FC Romel Morales, mengakui keharmonian dalam pasukan dan semangat kekeluargaan jadi faktor utama terhadap keputusannya untuk kekal bersama skuad the city boys musim depan.
Ini walaupun penyerang dari Colombia itu mendapat tawaran menarik beberapa pasukan lain setelah beraksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
"KL City dibarisi pemain yang berpengalaman dan berkualiti. Pasukan ini bukan sahaja mengenai bola sepak, kesatuan dalam pasukan ini cukup baik dan saya mahu kekal lama bersama pasukan," kata Morales.
Difahamkan, pemain berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak panjang bersama KL City iaitu selama tiga tahun bermula 2022.
Apa pun, musim pertama Morales bersama KL City cukup cemerlang menerusi kejayaan pasukan menjuarai Piala Malaysia edisi ke-100 tatkala dia muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol.
Namu, cabaran lebih hebat menantinya apabila skuad bimbingan Bojan Hodak itu layak beraksi dalam saingan Piala AFC tahun depan.
Sementara itu, penjaga gol, Damien Lim, menganggap keputusannya berhijrah ke Sabah FC adalah tepat walaupun berdepan kemungkinan sekadar memanaskan badan di bangku simpanan musim depan.
Ini susulan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat dikatakan menyertai skuad Badak sejurus kontraknya bersama Melaka United berakhir 31 Disember ini.
Damien juga memilih pasukan negeri di bawah bayu itu adalah kerana Datuk Ong Kim Swee setelah menolak tawaran PJ City dan Sri Pahang fc ketika dia juga merupakan penjaga gol nombor satu Negeri Sembilan musim ini.