Skip to main content

Bola Sepak

Mora kecewa strategi bertahan Penang sekat kelancaran aksi JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

benjamin-mora.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, kecewa dengan pendekatan bertahan Penang FC ketika pasukannya menang tipis 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Harimau Kumbang bimbingan Thomas Trucha memilih untuk beraksi bertahan sepanjang 90 minit dan ia dilihat menjadi punca JDT tidak dapat merencanakan gerakan menarik dan hanya beberapa kali dapat mengancam kubu pelawat, antaranya menerusi percubaan penyerang import baru, Fernando Forestieri, dalam babak pertama dan percubaan jarak jauh Nazmi Faiz Mansor dalam separuh masa berikutnya.

Mujur ayam tambatan, Bergson da Silva, berhasil menemui lintangan Syahmi Safari untuk menanduk masuk gol kemenangan Harimau Selatan pada minit ke-70.

"(Ia tentang) integriti bermain bola sepak," katanya seperti yang dipetik Astro Arena.

"Jika anda mahu beraksi bertahan, tidak mengapa. Jika anda mahu bermain serangan balas, duduk di bawah, atau apa sahaja strategi anda, ia tidak mengapa. Ia sempurna.

"Tetapi ia membuatkan kami tidak dapat bermain bola sepak, ia amat sukar.

"Ia menjadi amat mengecewakan, amat sukar untuk bermain baik dengan rentak sewaktu perlawanan seperti itu.

"Itulah yang berlaku hari ini dan apa yang penting adalah tiga mata.

"Kebencian untuk untuk melihat JDT tewas lebih besar daripada keinginan untuk bermain bola sepak dan kecintaan terhadap sukan ini. Ia amat luar biasa.

"Tetapi kami adalah JDT dan kami sedar bahawa ini adalah kedudukan kami.

"Saya bukannya mengkritik sesiapa, saya hanya berkata yang kami mahu bermain dengan lebih banyak," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video