Skip to main content

Bola Sepak

Mora belum letak harapan jadikan Moussa Sidibe penggempur utama JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

moussa-sidibe.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, belum mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadikan Moussa Sidibe sebagai penggempur utama pasukan Harimau Selatan itu.

Pemain kelahiran Mali itu menampilkan aksi memukau sepanjang aksi pramusim di Dubai ketika ini, di mana dia setakat ini telah menjaringkan dua gol daripada dua perlawanan berturut-turut.

Mora, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata dia hanya mahukan penyerang barunya itu untuk menyesuaikan diri dengan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2022.

"Dia baru berada di sini selama tiga atau empat hari, jadi kita tidak boleh mengharapkan terlalu banyak perkara daripadanya.

"Kita perlu bersabar, melihat aksinya, memberikannya bantuan dan elemen agar dia dapat menyatu dan mengenali rakan sepasukannya.

"Kita akan lihat nanti. Buat masa ini, dia telah menunjukkan prestasi yang luar biasa sepanjang 45 minit, jadi ayuh berharap dia dapat kekal seperti itu.

"Secara keseluruhan, kesemua pemain import beraksi dengan sangat baik. Mereka berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk merebut tempat," katanya.

Moussa Sidibe muncul penjaring tunggal JDT ketika menewaskan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al Ahli, 1-0 semalam.

Sebelum itu, dia juga menjaringkan satu gol ketika Harimau Selatan terikat 2-2 dengan kelab Slovakia, MSK Zilina.




*Kredit foto: Johor Southern Tigers

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video