Skip to main content

Bola Sepak

Montella puji persembahan Silva

silvamontella-cropped_t1vg7ko8196o18jd3wfpwmg9b.jpg
Pengendali AC Milan, Vincenzo Montella, berkata pemain penyerang, Andre Silva, memerlukan jaringan hatrik dan persembahan mantap dalam kemenangan 5-1 ke atas Austria Wien bagi memulakan kariernya bersama AC Milan.

Pemain antarabangsa Portugal itu meledak dua gol ketika kelayakan Liga Europa dan kini berjaya menambah tiga lagi koleksi gol dalam aksi pembukaan kumpulan, awal pagi tadi.

Bola perlawanan menjadi anugerah terbaik buat pemain itu dengan Hakan Calhanoglu dan Nikola Kalinic turut menyumban gol.

"Andres Silva berjaya mendapatkan gol yang dicari-cari," Montella memberitahu Sky Sport Italia.

"Perlawanan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan Serie A, jadi dia diberikan ruang untuk melakukan serangan."

Persembahan seperti ini dan jaringan hatrik sudah tentu akan menyuntik keyakinan.

Montella turut memuji sumbangan Calhanoglu, yang menghasilkan dua daripada tiga gol yang disempurnakan Silva.

"Calhanoglu mempamerkan kualiti hebat selain daripada kemampuannya menjaringkan gol."

Advertisement

Must Watch Video