Pemain kebangsaan Mesir itu menjaringkan gol pada minit ke-13 untuk ke-30 musim ini -- kali keempat dalam enam kempen dia mencapai tahap itu -- dan gol ke-100 di Anfield.
Dia menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan di tempat sendiri berturut-turut dan dengan berbuat demikian menyamai Steven Gerrard di tempat kelima dalam senarai penjaring gol sepanjang zaman kelab itu dengan 186 gol.
No place like home ?
— Liverpool FC (@LFC) May 6, 2023
The first player in our history to score in nine consecutive home games for the club ❤️ pic.twitter.com/uc0fVQYfoo
“Ia amat bermakna bagi saya. Saya kata sebelum ini, saya rasa (di) rumah di sini, saya gembira,” katanya kepada Sky Sports.
“Ia sesuatu yang membuatkan saya bangga. Saya bekerja sangat keras dan semua orang tahu itu, semua orang melihatnya.
"Saya hanya bermotivasi untuk terus memecahkan rekod dan hanya menjaringkan gol dan memenangi perlawanan untuk pasukan."