Ketua jurulatih Count D.C. United, Wayne Rooney, antara yang teruja dengan kehadiran Lionel Messi ke Liga Bolasepak Utama (MLS).

Selepas pengumuman Messi ke Inter Miami CF sebaik berpisah dengan Paris Saint-Germain (PSG), Rooney berkata perpindahan itu merupakan satu kemenangan besar buat MLS.

“Saya fikir ia sesuatu yang bagus untuk membawa Messi ke kancah ini,” katanya.

“Selama ini kita semua pernah melihat impak kedatangan (pemilik bersama Inter Miami) David Beckham dan (bekas penyerang Los Angeles Galaxy) Zlatan Ibrahimovic.



"Dia adalah pemain yang berbeza dari luar negara. Usaha memancing Messi -- yang boleh dikatakan pemain terhebat sepanjang zaman dan masih begitu -- ke mari adalah hebat.

"Walaupun sudah veteran tetapi dia baru sahaja memenangi Piala Dunia hampir secara bersendirian.

"Ia akan menjadi sesuatu yang hebat untuk liga, untuk Miami."

Messi, 35, dijangka membuat penampilan sulung MLS pada bulan depan sementara D.C. bakal menyambut kunjungan Inter Miami pada 8 Julai.