Henrikh Mkhitaryan mahu mendedikasikan dirinya untuk projek Roma di bawah bimbingan Jose Mourinho apabila memutuskan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa.
Selepas membuat 95 penampilan bersama Armenia, yang tidak pernah layak ke Piala Dunia atau Kejohanan Eropah, bekas pemain tengah Manchester United dan Arsenal itu akan memberi fokus kepada perjuangannya di peringkat kelab.
Mkhitaryan merupakan ketua pasukan dan penjaring terbanyak negaranya selepas menyumbangkan 32 gol.
Dia mengumumkan persaraannya daripada pasukan kebangsaan menerusi di media sosial dengan mesej, "Selamat tinggal pasukan kebangsaan saya yang dikasihi".
Pemain berusia 33 tahun itu yang mempunyai kontrak semusim lagi bersama kelab Serie A itu kemudian melanjutkannya dengan menulis: "Saya mahu memenangi setiap langkah dalam karier saya ini, tidak kira betapa sukarnya ia. Adalah menjadi satu penghormatan untuk mewakili negara saya selama 15 tahun, lebih-lebih lagi diangkat sebagai kapten sejak enam tahun lalu.
“Selepas 95 penampilan antarabangsa dengan kerja keras, semangat dan suka duka sepanjang perjalanan mewakili negara saya di atas padang, saya mengambil keputusan untuk bersara di peringkat antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Armenia.
"Saya bertekad dengan keputusan ini selepas perlawanan menentang Jerman pada November lalu. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai. Saya telah mencurahkan segala yang termampu buat pasukan kebangsaan. Untuk tahun-tahun akan datang, saya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya saya bersama kelab.
"Sarang bola sepak saya ditenun di Armenia, tanah air saya dan saya akan selama-lamanya berterima kasih kepada setiap orang yang menyokong, melatih, bermain dengan saya dan yang menyumbang kepada perkembangan saya sebagai pemain bola sepak mahupun individu."

— Henrikh Mkhitaryan (@HenrikhMkh) March 3, 2022