Skip to main content

Bola Sepak

Milo-FAM Ultimate Experience teruskan inisiatif program akar umbi bola sepak wanita

fam-milo.jpg
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meneruskan inisiatif untuk membangunkan akar umbi bola sepak negara menerusi penganjuran Milo-FAM Ultimate Experience.

Disertai hampir 200 pemain terpilih, program tersebut membabitkan peserta berusia 6 hingga 16 tahun dan buat pertama kalinya terdiri daripada peserta wanita.

Kesemuanya menikmati pengalaman istimewa menjalani latihan di Wisma FAM dan lebih menarik, jurulatih skuad wanita negara, Soleen Al-Zoubi, serta bekas penyerang negara Norshahrul Idlan Talaha termasuk jurulatih pembangunan FAM, Cameron Ng turut berkongsi ilmu.

"Saya percaya ini merupakan peluang untuk mempromosi bola sepak wanita, ia membantu mereka untuk persediaan menghadapi suasana yang kompetitif beraksi," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video