Vincenzo Montella berkata AC Milan dalam landasan memburu persembahan sempurna selepas melakar kemenangan besar 5-1 ke atas Austria Wien.
Ledakan hatrik Andre Silva dengan Hakan Calhanoglu dan Suso turut melakar nama selaku penjaring membantu Rossoneri memulakan kempen Liga Europa dengan bergaya.
Meskipun mempamerkan aksi hampir sempurna, Montella percaya masih banyak ruang untuk diperbaiki.
"Kami masih belum sempurna, jadi kami perlu mengejarnya," katanya menerusia UEFA.com.
"Bukan mudah untuk melakukannya.,"
Milan kecundang 4-1 di tangan Lazio, Ahad lalu, namun Montella gembira dengan kebangkitan yang dipamerkan di Vienna.
"Kekalahan itu memberi kejutan kepada kami tetapi saya gembira dengan pendekatan pasukan hari ini," kata Montella.
"Kami bermain dengan pantas, terutama dalam tempoh 20 minit pertama.
"Masih banyak yang perlu kami lakukan tetapi kemenangan ini cukup bermakna buat kami. Kini kami perlu mengetepikan keputusan ini dan mengalihkan fokus ke saingan liga berdepan Udinese, Ahad ini."
Formasi 3-5-2 Milan cukup efektif -- dengan Silva dan Nikola Kalinic mempamerkan persefahaman tinggi -- dan Luca Antonelli percaya mereka telah menemui sistem yang paling sesuai.
"Kami menganalisis kekalahan di Rome dan mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki. Saya rasa kami memberikan jawapan yang paling tepat malam ini," Antonelli memberitahu Sky Sport Italia.
"Saya amat senang dengan formasi 3-5-2 tetapi ia bergantung kepada jurulatih untuk menentukan corak permainan pasukan. Secara keseluruhan, kami berjaya mempamerkan keupayaan sebenar.
"Ramai muka baru mengisi bilik persalinan berbanding musim lalu tetapi saya berasakan kami telah membentuk satu skuad yang mantap."