Pertahanan import baru Selangor, Michal Nguyen, terkejut melihat corak latihan skuad Gergasi Merah Kuning itu yang dilihatnya lebih baik berbanding sistem latihan di Vietnam sambil meluahkan rasa bangga menyarung jersi pasukan yang kaya dengan sejarah Liga Malaysia (Liga-M) itu.
Michal sah menjadi import keempat Selangor selepas pasukan itu turut diperkuatkan Rufino Segovia, Antonio German dan Endrick Dos Santos.
Sebelum ini, Dia pernah mewakili pasukan Liga Thailand, Air Force Central.
Namun, dia mendedahkan mutu Liga-M tidak banyak berbeza dengan Liga Thailand.
Walaupun turut mendapat tawaran daripada pasukan Vietnam, Michal bertekad untuk memilih Selangor.
Selepas beberapa hari menjalani latihan bersama pasukan itu, dia mendedahkan telah banyak memperoleh pengalaman baru.
"Sistem latihan di sini amat profesional.
"Ia persis pasukan di Eropah.
"Sistem latihan di Vietnam agak berbeza memandangkan kami perlu tinggal di kem yang disediakan dan tidak dapat bergerak bebas.
"Sistem di sini pula sama seperti Liga Thailand di mana kami boleh pulang ke rumah jika tiada sesi latihan," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, menjelaskan dia tidak panik dengan beberapa siri kekalahan yang melanda pasukannya dalam perlawanan persahabatan pra-musim.
Menurutnya, dia belum menurunkan barisan terbaik yang dimilikinya kerana mahu menilai kebolehan setiap pemain.
"Dalam dua atau tiga perlawanan setakat ini, saya hanya mahu melihat potensi yang dimiliki pemain muda.
"Saya tidak bimbang dengan kekalahan itu, namun jika keadaan itu berterusan, saya akan mengubah kepada pendekatan yang lain pula," katanya.