Skip to main content

Bola Sepak

MFL sudah terima surat rayuan Kelantan FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-fc.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, mengesahkan pihaknya sudah pun menerima surat rayuan daripada Kelantan FC semalam (Isnin) susulan keputusan 'First Instance Body' (FIB) menolak permohonanan lesen kebangsaan pasukan berkenaan.

Dalam satu sesi temubual bersama wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, MFL juga turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seandainya terpaksa melangsungkan Liga Super Musim 2024/2025 dengan hanya melibatkan 13 buah pasukan.

"Kehilangan pasukan Kelantan FC dalam Liga Super juga adalah kehilangan besar dari aspek komersial.

"Segala keputusan yang bakal dibuat luar daripada bidang kuasa MFL ketika ini.

"Saya tidak boleh kata peluang cerah atau tidak, tanggungjawab atas Kelantan FC sendiri, jika perkara itu boleh diselesaikan atau tidak," kata Stuart.

Stuart juga menegaskan proses rayuan itu bukan sekadar serahan dokumen-dokumen yang baru tetapi pihak FIB juga akan menilai semula keputusan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video