Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, tidak nampak keperluan untuk merencana perubahan drastik saingan Liga Malaysia (Liga-M) kepada tiga pusingan seperti yang disarankan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Penganjur liga itu masih menantikan laporan penuh daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum sebarang reaksi lanjut dibuat.
Stuart mengakui pihaknya berhadapan kesukaran dalam menentukan pembentukan jadual pada saban musim, merujuk kepada situasi dalam negara sendiri.
Selain kekangan COVID-19, banyak pasukan masih cuba untuk menyesuaikan keadaan menerusi perubahan status kelab.
"Dengan kepelbagaian budaya di Malaysia, kami sesuaikan dengan hibrid sistem yang kami ada.
"Kami memandangkan serius perkara ini dan ia akan dikaji semula tetapi setakat ini liga kekal dengan format sedia ada," katanya di Wisma FAM hari ini.
Namun, MFL tetap komited dalam membentuk aksi kompetitif seperti yang disarankan badan induk dunia itu, cuma pendekatannya mungkin berbeza.
"Daripada (senario) padang latihan hingga liga pembangunan, kami perlu teliti apa jalan kerja MFL bagi memastikan saingan peringkat teratas menjadi lebih kompetitif, bukan semata-mata menambah perlawanan."