Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan, mahukan penganjuran Liga Malaysia menjadi yang terbaik di rantau Asia Tenggara susulan Astro menjadi penyiar rasmi saingan bola sepak negara.
Astro dan Malaysian Football League (MFL) secara rasminya mengumumkan kolaborasi selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025 sebagai penyiar rasmi untuk semua pertandingan Liga Malaysia meliputi Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Setelah sekian lama tidak bertindak sebagai penyiar rasmi, Astro benar-benar mengukuhkan status sebagai 'Rumah Sukan' dengan penganjuran penyiaran saingan bola sepak tempatan.
Menyedari kepentingan sukan dalam pembinaan negara, Astro komited untuk meningkatkan tahap liputan liga bola sepak tempatan daripada perlawanan langsung, latihan di belakang tabir, maklumat terkini mengenai pemain dan jurulatih, berita bola sepak terkini dan sidang media sebelum dan selepas perlawanan. Memberikan liputan menyeluruh kepada peminat sukan di seluruh Malaysia.
Ab Ghani meletakkan harapan penganjuran penyiaran saingan bola sepak tempatan yang bakal dikendalikan Astro menjadi yang terbaik di rantau Asia Tenggara.
"Kami cukup berbesar hati dengan kolaborasi bersama Astro, dan saya percaya dengan liputan menyeluruh, ia bakal penganjuran saingan Liga Malaysia kali ini mampu menjadi salah satu penganjuran acara sukan yang terbaik di Asia Tenggara," katanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, kerjasama yang terjalin itu akan dimulakan dengan aksi saingan pembuka tirai Perlawanan Sumbangsih pada 24 Februari ini.
“Kami teruja dipilih sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai ‘hub sukan’ untuk peminat sukan negara.
"Kami sentiasa mengiktiraf kepentingan sukan dalam pembangunan negara dan dengan itu Astro dan MFL komited meningkatkan taraf liputan liga bola sepak tempatan melalui siaran langsung, perkembangan di sebalik tabir sesi latihan pemain dan jurulatih serta membawakan berita terkini untuk sajian khas buat semua peminat negara Malaysia.
"Nantikan perkembangan mengenai liputan kami mengenai siaran langsung perlawanan, on-demand serta kandungan program-program yang lain," katanya.