Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, mendedahkan pemenang angerah Ballon d'Or sebanyak lima kali, Lionel Messi, ketika ini sedang bermain di bawah kontrak baru.
Ketika Messi bersetuju untuk melanjutkan kontrak sehingga 2021, bintang Barca itu masih belum menandatangani kontrak bersama gergasi LaLiga itu.
Timbul persoalan mengenai masa depan Messi apabila Nyemar membuat keputusan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG).
Barca menegaskan pemain berusia 30 tahun itu akan menandatangani kontrak baru dan Bartomeu mendedahkan perkembangan terbaru pemain itu hari ini.
"Kami akan mengambil gambar tandatangan Messi, diharapkan sebelum hujung tahun ini tetapi kontrak itu telah pun ditandatangani ayahnya, yang mempunyai kuasa ke atas imejnya," Bartomeu memberitahu 8TV.
"Kontrak ini adalah sehingga 2021 dan dia ketika ini sedang bermain di bawah kontrak baru."
Messi telah pun memulakan kehidupan di Barca bersama pengendali baru, Ernesto Valverde, dengan mantap.
Dia meledak dua gol dalam kemenangan ke atas Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara pada Selasa lalu selepas menyumbat hatrik berdepan Espanyol dalam LaLiga.
Sementara itu, masa depan pemain veteran, Andres Iniesta, masih lagi samar.
Kontrak pemain berusia 33 tahun itu akan tamat hujung musim ini dan pemain antarabangsa Sepanyol itu masih belum meluahkan persetujuan.
Bagaimanapun, Bartomeu berkata Iniesta akan terus kekal di Camp Nou: "Kontrak bersama Iniesta adalah istimewa. Kerana kita bercakap tentang Iniesta. Saya tidak akan mendedahkan mengapa kontraknya istimewa tetapi saya telah berbincang panjang bersama ejen pemain itu, Ramon Sostres.
"Iniesta bukan sahaja penting buat skuad ini, bahkan juga kepada penyokong. Dia berhak menentukan sampai bila dia mahu bermain bersama kami. Andres amat kritikal kepada hala tuju kelab ini. Kontrak lanjutan yang ditawarkan tiada tarikh tamat, dia boleh bermain selama mana dia mahu."