Bintang Tottenham, Harry Kane, mendedahkan dia menggunakan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sebagai motivasi untuk menjadi dalam kalangan yang terbaik dunia.
Kane mempamerkan permulaan yang cemerlang dengan menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan musim ini.
Pemain kebangsaan England itu, yang telah mencapai bilangan 30 gol dua kali dalam tempoh tiga musim, kini dalam kalangan penyerang yang berbisa di dunia.
Kane berkata membandingkan dirinya dengan Ronaldo dan Messi merupakan motivasinya untuk menjadi yang terbaik.
"Saya menggunakannya," kata Kane.
"Dengan adanya media sosial pada hari ini, sukar untuk terlepas sebarang maklumat.
"Saya mahu menjadi antara pemain terbaik dunia dan jika saya dapat melihat mereka, ia dijadikan sebagai motivasi untuk terus memperbaiki permainan saya," katanya.
Kane dilabel sebagai bintang satu musim selepas menjaringkan 21 gol bagi musim 2014-15.
Tetapi dia telah membuktikan sebaliknya kepada pengkritik dan berhasrat untuk mempamerkan aksi yang lebih mantap musim ini.
"Setiap musim, saya berazam untuk menjadi lebih berkualiti dan mahu menjaringkan lebih banyak gol," katanya lagi.